Monday, December 22, 2014

TASBIH COSMIC HYPER METHAFIZIK


Tasbih 33 biji ini telah di isi dengan energy cosmic hyper methafizik berfrekuensi tinggi dan di asma’kan dengan doa-doa terpillih . Apabila si pemakai menggunakan tasbih ini untuk berzikir insyaAllah kekuatan tasbih dan si pemakai akan lebih berganda . Antara khasiat lain tasbih ini ialah :
1 : InsyaAllah akan terpelihara dari segala gangguan , mara bahaya siang dan juga malam .
2 : Anti tenung , santau dan sihir
3 : Boleh di gunakan sebagai media untuk mengubati pelbagai jenis penyakit (rujuk manual)
4 : Jika berlaku serangan secara mendadak dengan izin Allah musuh akan terpelanting dan jika serangan musuh terlalu kuat serta beremosi tinggi boleh menyebabkan musuh muntah darah dan bertekuk lutut .
5 : Boleh di gunakan sebagai media untuk membuang gangguan di dalam rumah serta melakukan pemagaran ghaib secara langsung di dalam rumah .
6 : Menambah wibawa dan karisma sesuai untuk semua golongan terutama mereka yang bekerja di bidang keselamatan seperti polis , imigresen , tentera dan lain-lain lagi .
                Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terdapat pada tasbih ini yang tidak dapat di ceritakan . Dengan izin Allah anda akan di beri manual apabila memiliki tasbih ini . Tiada amalan yang khusus untuk tasbih ini cukup dengan niat dan yang bersesuaian dengan diri anda . Tasbih ini juga bersifat defensif dan tidak boleh di demokan .

Berhajat  SERIUS Hubungi Saya.

019-5490963 ( Sms/Call)

Mahar    : RM150.00
Hubungi : Tengku Afrizal /Rizwan : 019-5490963 / 0148853509

                BERUSAHA , BERDOA , BERTAWAKAL DAN REDHA .

SELINGAN TENTANG SYIRIK



Firman Allah : Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari  itu(syirik)  bagi sesiapa saja yang di kehendaki-NYa - AN Nisa ayat 48
Dan di dalam satu hadis riwayat Ahmad , Thabrani dan Abu Dawud :
Sesuatu yang paling aku khawatirkan dari kamu kalian adalah perbuatan syirik kecil , kemudian beliau di tanya tentang itu , dan beliau pun menjawap yaitu riak ……

                Ketahuilah wahai anak didikku dan sahabat-sahabatku yang di kasihi dan di rahmati ALLAH sekalian ,  fahamilah dengan jelas makna di sebalik perkataan SYIRIK ini . Jika ada yang bertanya kalian adakah perbuatan kalian ini syirik atau tidak ketika sesi rawatan di lakukan kalian jawaplah begini :
Di dalam dunia ini Allah SWT menciptakan banyak hidupan seperti pokok-pokok , ikan di dalam lautan yang luas terbentang dan haiwan ternak di padang rumput . Kaji semula ciptaan Allah ini buka mata hati kalian untuk melihat dan mensyukuri nikmat yang Allah SWT beri kepada kita . Selain itu di sini juga adalah jawapan kepada permasalahan syirik tersebut . Jika kalian sedang lapar adakah cukup dengan hanya kalian berdoa kepada Allah di atas sejadah tanpa perlu berusaha untuk mencari makanan sebagai contoh “ Ya Allah , aku lapar kenyangkanlah aku “ .
Bolehkah begitu ???? Sedangkan Allah SWT telah kurniakan akal yang pintar , tubuh badan yang sihat kepada kita serta Allah SWT telah menciptakan pelbagai jenis hidupan yang boleh kita gunakan hanya dengan sedikit usaha sebagai contoh pergi ke kedai beli beras , sayur , ikan dan sebagainya untuk di masak dan di jadikan makanan untuk di makan . Usaha dahulu baru berdoa , sama seperti situasi ini kita berusaha untuk membeli beras , ikan dan sebagainya untuk di masak dan di makan . Perlu di ingat yang memberi nikmat kenyang itu bukan nasi tetapi Allah SWT . Buktinya jika nasi itu mengenyangkan kenapa ada orang perlu makan sepinggan nasi atau mungkin lebih untuk kenyang ??? Di sini jelas jika kalian buka fikiran kalian , buka mata hati kalian maka kalian akan faham bahawa nasi tersebut cuma ikhtiar kalian untuk menghilangkan rasa lapar dan yang memberi nikmat kenyang kepada kita adalah Allah SWT .
Begitu juga lah di dalam kaedah kita melakukan rawatan , kita boleh di ibaratkan sebagai tuan rumah yang berumah di dalam hutan kemudian ada orang yang tersesat di dalam hutan datang menemui kita meminta segelas air untuk menghilangkan rasa dahaga lalu kita memberi segelas air untuk dia minum . Di sini usaha kita adalah memberi segelas air kepada orang tersebut dan yang menghilangkan dahaga bukan kita tetapi Allah SWT .  Jadi aku berharap Allah memberi kefahaman kepada kalian semua untuk memahami makna di sebalik kata-kata ku ini dan semoga Allah menjauhkan kita semua dari sifat riak  kerana riak  itu sebahagian dari syirik. Na’auzubillah…. sekian WALLAHHUALAM …..

Thursday, October 17, 2013

Makhluk Misteri

       Antara makhluk misteri yang berjaya dirakam semasa proses rawatan kes sihir di suatu tempat,hehe..
                                       
Gambar adalah real !!!...
   
                

Perkhidmatan Scan Penyakit Secara Percuma

Bismillahhirrahmanirrahim, 
       Assalamualaikum,kami menawarkan perkhidmatan scan penyakit  secara percuma kepada sesiapa yang berminat.Untuk scan penyakit,anda dikehendaki menelefon pihak kami;

           Tengku Afrizal   :0173885056/0195490963
            Zawawi Hussin  :0142578357
           


Wednesday, October 2, 2013

Keahlian Gerak Cenderawasih dibuka!!!!!


Kepada yang berminat untuk mendalami Gerak Cenderawasih,mahar dikenakan sebanyak RM99.Untuk ijazah ianya boleh dilakukan secara jarak jauh atau berhadapan sendiri dengan guru utama Gerak Cenderawasih,Tengku Afrizal.Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut,anda boleh berhubung terus dengan pihak kami:

Tengku Afrizal:0195490963
Rizwan          :0148853509

Salam Perkenalan Dari Kami



Bismillahirrahmanirrahim,
      Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Betapa Kasihnya DIA Keatas Hamba Hamba NYA sedang seorang yang menyekutukan DIA masih lagi diberi Rezeki NYA yang berlimpah ruah walaupun tidak meminta.Salawat Dan Salam Ke atas Baginda dan keluarga Baginda SAW serta para sahabat Baginda SAW
.Perguruan Gerak Cenderawasih merupakan salah satu seni silat kebatinan melayu yang diasaskan oleh Tengku Afrizal,bertempat di Taman 20, Perlis.Selain mendalami ilmu persilatan,pelajar juga akan diterapkan dengan ilmu kerohanian bagi memantap diri kepada Allah.Ahli Gerak Cenderawasih juga akan dibimbing mendalami ilmu-ilmu perubatan alternatif seperti mengenal gangguan jin dan sihir,memindahkan penyakit ke telur, rawatan kanser dan pelbagai jenis terapi.
Dalam perguruan Gerak Cenderawasih,pelajar akan diajar untuk bermain gerak silat serta diajar cara serangan dan pukulan  jarak jauh.Gerak Cenderawasih mempunyai  5 jurus utama.Jurus-jurus yang dipelajari ini juga dapat diolah untuk tujuan perubatan diri sendiri serta keluarga .Selain dari itu,pelajar akan diajar ilmu pernafasan warisan Melayu.Pada masa ini,pelajar-pelajar Seni Silat Cenderawasih akan dilatih oleh jurulatih utama iaitu,Rizwan pada hari Jumaat bermula jam 10 malam sehingga 12 malam