Firman Allah : Sesungguhnya Allah
SWT tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang
selain dari itu(syirik) bagi sesiapa saja yang di kehendaki-NYa - AN
Nisa ayat 48
Dan di dalam satu hadis riwayat Ahmad
, Thabrani dan Abu Dawud :
Sesuatu yang paling aku khawatirkan dari kamu kalian adalah
perbuatan syirik kecil , kemudian beliau di tanya tentang itu , dan beliau pun
menjawap yaitu riak ……
Ketahuilah
wahai anak didikku dan sahabat-sahabatku yang di kasihi dan di rahmati ALLAH
sekalian , fahamilah dengan jelas makna
di sebalik perkataan SYIRIK ini .
Jika ada yang bertanya kalian adakah perbuatan kalian ini syirik atau tidak
ketika sesi rawatan di lakukan kalian jawaplah begini :
Di dalam dunia ini Allah SWT
menciptakan banyak hidupan seperti pokok-pokok , ikan di dalam lautan yang luas
terbentang dan haiwan ternak di padang rumput . Kaji semula ciptaan Allah ini
buka mata hati kalian untuk melihat dan mensyukuri nikmat yang Allah SWT beri kepada
kita . Selain itu di sini juga adalah jawapan kepada permasalahan syirik
tersebut . Jika kalian sedang lapar adakah cukup dengan hanya kalian berdoa
kepada Allah di atas sejadah tanpa perlu berusaha untuk mencari makanan sebagai
contoh “ Ya Allah , aku lapar kenyangkanlah aku “ .
Bolehkah begitu ???? Sedangkan
Allah SWT telah kurniakan akal yang pintar , tubuh badan yang sihat kepada kita
serta Allah SWT telah menciptakan pelbagai jenis hidupan yang boleh kita
gunakan hanya dengan sedikit usaha sebagai contoh pergi ke kedai beli beras ,
sayur , ikan dan sebagainya untuk di masak dan di jadikan makanan untuk di
makan . Usaha dahulu baru berdoa , sama seperti situasi ini kita berusaha untuk
membeli beras , ikan dan sebagainya untuk di masak dan di makan . Perlu di
ingat yang memberi nikmat kenyang itu bukan nasi tetapi Allah SWT . Buktinya
jika nasi itu mengenyangkan kenapa ada orang perlu makan sepinggan nasi atau
mungkin lebih untuk kenyang ??? Di sini jelas jika kalian buka fikiran kalian ,
buka mata hati kalian maka kalian akan faham bahawa nasi tersebut cuma ikhtiar
kalian untuk menghilangkan rasa lapar dan yang memberi nikmat kenyang kepada
kita adalah Allah SWT .
Begitu juga lah di dalam kaedah
kita melakukan rawatan , kita boleh di ibaratkan sebagai tuan rumah yang
berumah di dalam hutan kemudian ada orang yang tersesat di dalam hutan datang
menemui kita meminta segelas air untuk menghilangkan rasa dahaga lalu kita
memberi segelas air untuk dia minum . Di sini usaha kita adalah memberi segelas
air kepada orang tersebut dan yang menghilangkan dahaga bukan kita tetapi Allah
SWT . Jadi aku berharap Allah memberi
kefahaman kepada kalian semua untuk memahami makna di sebalik kata-kata ku ini dan
semoga Allah menjauhkan kita semua dari sifat riak kerana riak itu sebahagian dari syirik. Na’auzubillah…. sekian
WALLAHHUALAM …..
No comments:
Post a Comment